Saturday, May 26, 2012

Perit dihati :)

 Isi hatiku ~

Ku telah miliki . Rasa indahnya perihku . Rasa hancurnya harapku . Kau lepas cintaku .Rasakan abadi . Sekalipun kau mengerti . Sekalipun kau pahami. Ku pikir ku salah mengertimu . Aku hanya ingin kau tahu . Besarnya cintaku . Tingginya khayalku bersamamu . Tuk lalui waktu yang tersisa kini . Di setiap hariku . Di sisa akhir nafas hidupku .Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku . Hanya ada dalam anganku . Melewati hidup . Rasakan abadi . Sekalipun kau mengerti . Sekalipun kau pahami . Ku pikir ku salah mengertimu .


Bismillah.... Alhamdulillah dengan kekuasaanNya saya masih boleh bernafas seperti manusia biasa, boleh jalani hidup seperti biasa, gelak tawa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT. Selepas 4 hari aku terperap disana, tanpa melihat matahari bulan dan bintang, kini aku sudah boleh melihat betapa indahnya ciptaan Allah untuk kita semua menikmati keindahan di dunia yang nyata ini. Tetapi hari ini aku sudah boleh pulang ke syurga ku (rumahku) dan merasa kehangatan matahari aku sungguh bersyukur kepadaMu. 
Ada hikmah disetiap apa yang terjadi kan, bila aku disana aku belajar berdikari sendiri, aku belajar memahami erti persahabatan, aku dapat melihat kasih sayang seorang IBU yang melahirkan kita, cintanya begitu mendalam kepada anaknya yang tidak pernah putus, tidak pernah mengeluh melayan kerenah anaknya, MAMA you're the ONE! Kasih sayang seorang ayah, walaupun selama ni kami asyik bertengkar je dirumah, susah nak bawa bincang, tapi bila aku di hospital di datang dengan senyuman belikan aku air kepala kerana mereka semua sangkakan aku ni kena demam campak hehe, belajar mendekatkan diri denganNya. Aku rasa aku dah besar kini, aku rasa banyak sangat dah pengorbanan Mama dengan Ayah membesarkan aku. Yeeee, jasa mereka memang sukar nak dibalas, tetapi aku akan cuba suatu hari nanti untuk membahagiakan mereka!
                                                     23 Mei 2012-26 Mei 2012

Terima kasih kepada Affizuzatul Mahani Binti Mohd Nizam kerana sanggup mengorbankan hari-harinya dengan menjagaku di hospital. Walaupun pada awalnya dia datang dengan tangan kosong tanpa membawa sehelai baju sekalipun dengan niat dihati hanya untuk melawatku, tetapi itu lah dia dikatakan betapa indahnya sesebuah persahabatan itu jika kita mejagaya dengan baik sekali. Dia teman aku 3 malam dekat ward tu,  tidur sebelah aku, dengar tangisan ku, lap airmataku, sentiasa dalam dakapanku, suap aku makan, tuang air untuk aku makan ubat, bukakan pintu bilik air. She is the BEST okay! Thanks for everything <3



To my beloved besties ; Aku minta maaf aku tak dapat bagitahu kat kau yang aku masuk demam sehingga lah aku kena tahan ward, lagipun kita sudah berjauhan sekarang, susah pulak nak contact kau kan. Selalunya setiap apa yang terjadi atas diri aku ni, orang pertama yg akan tahu kau k SURIATI! Aku ingat lagi dulu dulu aku pernah terlentar dekat ward tu kau datang tengok aku. Takpe lah, yang penting sekarang aku dah keluar ward pun k, dah sihat walafiat dah hehe. Kau tu haaa kena jaga diri tau tau? Aku sentiasa sayang kau, haihhh rindunya aku dekat kau b :)

Terima kasih jugak kepada semua yang sanggup datang melawat saya di hospital k hehe, sayang korang semua tau tau. Amalina, Hafiz, Syamim, Remy, Mahani, Kak Wany, Abang Ijat, Faiz, Amsyar Haziq, Afiq dan kawan kawan Mama.

Semakin kita membesar semakin banyak dugaan yang kita perlu hadapinya dengan penuh kesabaran. Aku akan cuba menjadi seorang insan yang tabah :)
Assalamualaikum....